Monday, 6 August 2012

Thank you Allah





Ya Allah…

Sesungguhnya aku tak sedar bahawa ujian dariMu itu adalah tanda Engkau amat menyayangiku dan mengingatiku......

Ya Allah..

Jauhilah aku dari berfikiran sempit…

Jauhilah aku daripada gangguan emosi dan bersangka buruk…

Sesungguhnya..Ramadhan kali ini…bulan ujian bagiku…

Aku bersyukur….inilah peluang untuk aku membaiki diri…untuk lebih berserah diri padaMu…Ya Allah

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujung….

Dicipta untuk mengingati-Nya,dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya......

Diri ini penuh dengan kekurangan dan terlalu banyak kelemahan..

Namun Allah selalu memujuk dengan cara dan kehendakNya..

Aku selaku hambaNya….perlu belajar walaupun kadang kala jalannya pahit dan kelat ditempuhi…

Sesuatu yg berlaku mmg sukar utk aku lupakan….bagaimana mereka menilai diriku….

Biar buruk dimata mereka…Allah sentiasa ada untuk menilai diriku,niatku…..moga aku tidak tersilap langkah dgn mengambil keputusan sebegini….

Benar..benar…benar…dalam apa jua…bersederhana  adalah yang lebih baik…

Rasulullah SAW bersabda, diriwayatkan Ibnu Majah, daripada Abi Abbas Sahli bin Saidi, beliau berkata, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan mengajukan soalan: “Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku satu amalan, jika aku kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?” Rasulullah berkata: “Bersederhanalah kamu dalam hal keduniaan, pasti Allah akan mencintaimu. Dan bersederhanalah juga kamu dalam urusan yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu.” Jadi, bersederhanalah terhadap orang di sekeliling kita, malah nabi junjungan besar turut memberi peringatan jangan terlampau menyeksa diri, mengharapkan balasan baik daripada manusia. Berusahalah menunaikan hak sesama insan dengan sebaik-baiknya.

2 comments:

  1. jangan pernah rasa jemu memaafkan orang lain kerana kemaafan itu tak pernah jemu menjalankan tugasnya..:P

    ReplyDelete
  2. yupp..dgn kemaafan...ia boleh jadi terapi diri kita....thanks my frnd..:P

    ReplyDelete