Ya Allah…
Sesungguhnya aku tak
sedar bahawa ujian dariMu itu adalah tanda Engkau amat menyayangiku dan
mengingatiku......
Ya Allah..
Jauhilah aku dari
berfikiran sempit…
Jauhilah aku
daripada gangguan emosi dan bersangka buruk…
Sesungguhnya..Ramadhan
kali ini…bulan ujian bagiku…
Aku bersyukur….inilah
peluang untuk aku membaiki diri…untuk lebih berserah diri padaMu…Ya Allah
Ukhuwah itu bagai
seutas tasbih..ada awal tiada penghujung….
Dicipta untuk
mengingati-Nya,dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya......
Diri ini penuh
dengan kekurangan dan terlalu banyak kelemahan..
Namun Allah
selalu memujuk dengan cara dan kehendakNya..
Aku selaku
hambaNya….perlu belajar walaupun kadang kala jalannya pahit dan kelat ditempuhi…
Sesuatu yg
berlaku mmg sukar utk aku lupakan….bagaimana mereka menilai diriku….
Biar buruk dimata
mereka…Allah sentiasa ada untuk menilai diriku,niatku…..moga aku tidak tersilap
langkah dgn mengambil keputusan sebegini….
Benar..benar…benar…dalam
apa jua…bersederhana adalah yang lebih
baik…
Rasulullah SAW bersabda, diriwayatkan Ibnu Majah, daripada Abi Abbas
Sahli bin Saidi, beliau berkata, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan
mengajukan soalan: “Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku satu amalan, jika aku
kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?” Rasulullah
berkata: “Bersederhanalah kamu dalam hal keduniaan, pasti Allah akan mencintaimu.
Dan bersederhanalah juga kamu dalam urusan yang ada pada manusia, nescaya
manusia akan mencintaimu.” Jadi, bersederhanalah terhadap orang di sekeliling
kita, malah nabi junjungan besar turut memberi peringatan jangan terlampau
menyeksa diri, mengharapkan balasan baik daripada manusia. Berusahalah
menunaikan hak sesama insan dengan sebaik-baiknya.

jangan pernah rasa jemu memaafkan orang lain kerana kemaafan itu tak pernah jemu menjalankan tugasnya..:P
ReplyDeleteyupp..dgn kemaafan...ia boleh jadi terapi diri kita....thanks my frnd..:P
ReplyDelete